Pages

Sunday, 26 November 2017

Allahu.. Allah baik, Allah saangat baik.  Weekend ini sememangnya memilih untuk bersenang dengan anak-anak setelah weekend minggu lalu fu...

My Wonderfull Weekend

No comments:
 

Allahu.. Allah baik, Allah saangat baik. 

Weekend ini sememangnya memilih untuk bersenang dengan anak-anak setelah weekend minggu lalu full 2 hari training ditambah lagi bigBos turun kerja minggu ini.

So, kena fokus lebih kepada anak-anak pula. 

Maaf taw lambat reply mesej hari ini. 


Allahu, terharu. 

Tak sangka Ishmat dapat anugerah ni. 

Dapat jemputan untuk majlis ikhtifal tahun ni hari isnin lepas. 

Ingatkan jemputan saja-saja untuk Ishmat sebab tahun depan dah tukar sekolah. Langsung tak tanya cikgunya apa-apa. 



Sampai ja di dewan, tengok buku aturcara. Eh! Ada nama Ishmat la. (walaupun nama terbalik susunannya πŸ˜…) 




"Ya Allah, Alhamdulillah, terima kasih anak Ibu yang baik, bijak dan soleh, Ishaq Ishmat. Ibu sayang Abang Emat sangat-sangat. Walaupun, ayah tiada ari ni, Ayah pun sayang Abang Emat sangat-sangat dan bangga dengan abang Emat. Semoga terus berjaya dan selamat dunia akhirat, sayang. 




Terima kasih tak terhingga cikgu-cikgu Taski ABIM Seri Bestari, Putatan. Semoga Allah terus merahmati kalian. Amin."


Ibu belanja makan nasi arab + ayam panggang malam ni. Kalau mau, KFC tunggu ayah balik minggu depan.hihi










🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸




Ada masa, ketika, waktu,

Anak-anak ini ditinggalkan demi cita-cita dan impian.

Namun, ada saatnya. Sepenuh masa itu diberikan kepada mereka tanpa soal bicara.

Yang berbicara lebih itu, pastinya orang lain.




Suami dan anak-anak adalah pintu rezeki terbesar kita seorang wanita bergelar isteri dan ibu.

Jangan pernah sekali-kali mengabaikan mereka. Hayatilah nikmat kemanisan bersama anak-anak.

Jangan sampai Allah tarik nikmat merasai manisnya anak-anak di sisi.

Saat waktu ketika tersedar nanti, takut ianya terlambat sudah untuk disesali.




Kata orang veteran,

"Waktu kecil anak-anak ini sekali ini sahaja. Hargailah, nikmatilah ia sepenuh dan sepuasnya."




Anak-anak dan keluarga juga adalah tanggungjawab utama dan amanah buat kita.




La Tahzan! Andai kita tidak dapat untuk meng'copy paste' semua sebijik serupa seperti yang orang lain lakukan.

Setiap kita punya situasi, keadaan juga masyaqqah yang berbeza.




Dapat buat sedikit demi sedikit juga sudalah amat baik.




Dan orang lain juga, janganlah terlalu cepat menilai dan menghukum seseorang yang lain itu jika tidak dapat memenuhi apa yang dihajati.

Mana kita tahu, untuk melakukan sesuatu itu, berapa banyak pengorbanan yang telah dan perlu dia lakukan.




Mahukan rezeki melimpah ruah?

Santuni pemurah rezeki kita sebaiknya sambil kita terus berusaha menjadi penjemput rezeki yang bahagia, berjaya dunia akhirat.




Happy Weekend uolls πŸ’




Ku abadikan di sini untuk simpanan dan kenangan 🌼

#CoretanIbuAnak3JeBaru
#iHeartMyFamily

No comments:

Post a Comment