Pages

Sunday, 5 November 2017

Si cilik baby asmak. Dari masih dalam rahim 9 bulan meneman Ibunya cod, travel ke sana sini menuntut ilmu, join berbazar hingga saat...

Peneman Ibu Berjuang

No comments:
 


Si cilik baby asmak.

Dari masih dalam rahim

9 bulan meneman Ibunya cod, travel ke sana sini menuntut ilmu, join berbazar hingga saat hampir bersalin.




Ketika 5 bulan dalam kandungan ikut Ibu fly ke Semenanjung program leadership guerilla 1.0 di Bangi.

Kurang 3 bulan selepas lahir sekali lagi fly untuk kali ke2 menuju ke Bentong bagi program leadership 2.0





Bulan 9 yang lalu, buat kali ke3 meneman Ibu ke Bentong juga untuk sesi personal coaching bersama CEO Asmak di Bentong juga.




Ahad lepas, kami fly lagi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri konvensyen Daya eUsahawan 2017 anjuran MDEC. Meluaskan networking, menimba pengalaman bersama para usahawan berjaya, menyedut aura kehebatan mereka & mempelajari ilmu baru.




Rabu malam sampai rumah dari KL.

Khamis turun padang hantar barang untuk baby expo.

Jumaat sehingga hari ini, anak kecil ini setia bersama ibunya.




Semoga, suatu hari nanti anak kecil ini kuat, gigih dan cekal dalam kehidupannya.

Jadi kaki travel macam ibunya pun best juga.

Tapi up lagi lah, travel ke serata dunia pula. Bawa Ibu sekali ya sayang 😄



Coretan KakYong Asmak, kaki travel dari zaman belajar, bujang hinggalah sudah beranak pinak. Berkongsi minat yang sama bersama suami 😍




Terima kasih sudi membaca post yang agak panjang ini, sepanjang perjalanan menaipnya juga. Dari jam 11 pagi proses menaip dan berpuluh kali terhenti. Cabaran berbooth sambil menaip panjang. Beginilah.

Ketiklah like tanda anda berjaya membaca post ini. 😊




Semoga kalian semua diberikan limpahan rezeki yang mencurah-curah dan sentiasa dalam lindunganNya.




Tika terasa lemah, lihat kembali BIG WHY anda. Teruskan melangkah dengan kuatnya kerana BIG WHY anda.

No comments:

Post a Comment