Pages

Monday 20 March 2017

Pengalaman setiap ibu yang bekerja, hari pertama menghantar anak ke nursery adalah hari yang paling mendebarkan sekali. Mana taknya, anak ...

Tips Memujuk Anak Ke Pusat Asuhan Pada Kali Pertama

No comments:
 


Pengalaman setiap ibu yang bekerja, hari pertama menghantar anak ke nursery adalah hari yang paling mendebarkan sekali. Mana taknya, anak dah start rapat dengan kita, tapi kena hantar ke nursery sebab kita sendiri kena kerja. Masa itulah, perasaan dan keinginan nak berhenti kerja tu membuak-buak. Rasa meronta-ronta je hati ni, Tuhan je yang tahu kan.

Tapi bila dah masuk anak kedua ni, dah agak biasa sikit dah,  Akak-akak semua nak tips ke? Jom baca kat bawah ni.

  • Pada malam sebelum hari kita hantar anak ke pusat asuhan tu, bisik di telinga anak pasal esok. Dia tak faham pun tak apa, janji kita beritahu dia awal-awal. Waktu yang terbaik adalah waktu sebelum dia tidur.
  • Pada hari kejadian, kita sendiri kena bangun awal dan siapkan segala keperluan anak tu. Pampers, susu dan botol susu, pakaian (3-4 pasang), dan sebagainya. Kalau anak ada menghidap penyakit seperti asma atau lain-lain, pastikan ubat tu dah dimasukkan di dalam beg sekali.
Ini tips berguna: kalau anak ada mainan atau bantal busuk kegemaran dia, bawa sekali. Bila anak dah berada di sana nanti, dia akan ada sesuatu yang dia biasa/familiar. Taklah nanti dia tercongok kiri kanan.
  • Pada masa ini, anda sendiri perlu cuba supaya tak berasa risau, sebab anak kita boleh perasan. Enjoy dengan dia. Sembunyikan kerisauan kita sebaik yang boleh.
  • Bila dah sampai sana, bawa dia tengok aktiviti apa yang dia nak. Teman dia untuk beberapa minit sampai dia rasa selesa.
  • Jangan keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan dia. Budak kecil ni akan rasa dikhianati, dan kalau kes lagi teruk dia akan hilang kepercayaan. Bila sudah mahu beredar, pegang bahu dia dan cakap elok-elok sambil tengok ke anak mata dia. Ingatkan kembali bisikan yang anda berikan malam tadi. InsyaAllah dia akan ingat.
  • Jangan lupa ingatkan dia yang kita akan datang ambil dia pada waktu petang. 

Okay, itu saja. Selamat mencuba!

Info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Truly

Nurul Aqidah Sulaiman
SN00401
Minyak Herba Asmak Sabah

Whatsapp :

Nurul - 017 216 5484
Nurul - 017 216 5484
Nurul - 017 216 5484

Nurul - +60172165484

No comments:

Post a Comment