Pages

Tuesday 25 April 2017

Resdung adalah satu penyakit yang menyebabkan inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-baha...

Resdung Dan Ulat Resdung

No comments:
 

Resdung adalah satu penyakit yang menyebabkan inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati. Dibawah ini adalah antara petua tradisional yang mudah dilakukan untuk mengeluarkan ulat resdung.

Bahan-bahannya :

8 biji limau nipis
10 helai daun pandan

Cara-caranya :

Hiris daun pandan halus seperti bunga rampai. Perah limau nipis dan gaul kedua-duanya sehingga sebati.

Sapu di bahagian muka. Jika ianya sebati dengan diri anda, tidak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar melalui liang roma di kulit muka. Paling banyak ulat itu keluar melalui kening anda dan jika sangkut, tarik ajer ulat itu.

Lakukan 3 kali seminggu dan waktu yang seelok-eloknya ialah di antara 10 pagi hingga 3 petang kerana ulat-ulat itu cukup aktif. Campuran yang selebihnya boleh disimpan di dalam peti ais tetapi tidaklah sefresh pada yang baru dibuat.

#AsmakHerbs

No comments:

Post a Comment