Pages

Friday, 26 May 2017

Esok umat Islam akan mula berpuasa, Saya nak kongsikan tips puasa dari Dato' DrSuriyakhatun Osman: 1. Pilihlah makanan yang baik : ber...

Tips Puasa

No comments:
 

Esok umat Islam akan mula berpuasa,

Saya nak kongsikan tips puasa dari Dato' DrSuriyakhatun Osman:

1. Pilihlah makanan yang baik : bersih dari kimia dan bersih dari toksin organik atau tidak organik. Ini termasuk ayam, ikan dan daging serta sayur . Pilih yang terbaik yang mampu.

2. Pilih makanan yang tidak diproses dan tidak ada kimia - ya sama dengan yang no 1 tetapi saya lebih spesifik : Makanan segera, makanan dalam tin, makanan daging berproses semuanya bukan kategori baik untuk berbuka puasa.

3. Makanlah seimbang dan awas makan berlebihan

4. Jangan ambil gula putih, tukarkan dengan manis dari buah, dari gula asli dan madu .

5. Kurangkan makanan bertepung

6. Kalau nak minum susu, pilih susu terbaik : Susu segar yang paling kurang kimia, bagi yang sudah tahu ada alahan pada susu : bila minum rasa kembung atau najis jadi cair, jangan minum

7. Jika mudah sembelit jangan minum teh o.

8. Makan makanan yang serap air seperti selasih, getah anggur, kembang semangkuk dimana makanan ini akan mudahkan buang air besar dengan syarat air bertapis yang bersih banyak diminum diwaktu berbuka,

#tipspuasa

***************************

Nak cuba Madu Asli atau Madu Halia Bentong untuk bulan Ramadhan ini? PM atau whatsapp ke 017 216 5484
www.wasap.my/60172165484

Ada harga istimewa untuk semua.

No comments:

Post a Comment